Mengenai Sekolah SJKC Tche Min

Search This Blog

Thursday, 16 April 2015

Pertandingan Bersajak Bahasa Cina

17/4/2015 sekolah kami telah menjadi tuan rumah dalam pertandingan sajak dalam Bahasa Cina anjuran MGB SJKC di daerah Sepang. Pertandingan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 11.00 pagi. Penyertaan sekolah-sekolah SJKC didalam pertandingan ini sangat baik. Pertandingan bersajak dalam Bahasa Cina ini telah disertai 6 buah sekolah SJKC. Setiap sekolah menghantar 4 orang murid untuk mewakili sekolah masing- masing. Selain itu, pengadil bagi pertandingan ini telah diadili oleh barisan hakim yang berpengalaman luas dalam mengadili persembahan murid. Persembahan murid-murid cukup hebat dan menyulitkan hakim untuk memilih pasukan sekolah mana yang mendapat tempat terbaik. Akhirnya, kemenangan telah dapat ditentukan dimana sekolah SJKC Sin Ming mendapat tempat pertama diikuti sekolah SJKC Wah Lian. Manakala sekolah kami mendapat saguhati bersama 3 buah sekolah yang lain.

Thursday, 22 January 2015

Mesyuarat PIBG 2015

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 18/1/2015 di dewan sekolah SJKC Tche Min. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 100 orang Ibu bapa. Banyak perkongsian pendapat serta cadangan telah dikemukakan untuk menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran murid pada tahun ini.
Ibubapa  dari kalangan bangsa Melayu dan India juga turut disarankan agar menghantar anak mereka ke tadika sebelum mendaftarkan anak mereka belajar di sekolah aliran Cina agar anak mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka di sekolah ini.
Penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR tahun 2014 yang lalu juga turut disampaikan oleh badan PIBG kepada murid yang mendapat A dalam peperiksaan UPSR itu.
Selain itu, banyak info dan laporan pencapaian sekolah turut disampaikan kepada para ibubapa untuk makluman semua.